? ??????????????Punk Collage? ????? ?????? ???Rating: 4.7 (384 Ratings)??295 Grabs Today. 57930 Total Grab
s. ??????Get the Code?? ?? ????3?? ?????Queen of Hearts? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (7 Ratings)??178 Grabs Today. 9048 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Love Is Strange? ? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, October 23, 2010

Ibuku Seorang Pembohong~!

Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian. Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : ""Makanlah nak ibu tak lapar." – PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA. Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi.. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA. Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih denagn beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA. Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih saying ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" – PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT. Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta saya tidak perlukan lelaki." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA. Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM. Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH. Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap ajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menhadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN. Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali. Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebi dari segala-galanya, tapi tidak pernah sealipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu…

Secebis Ingatan Buat Adam~!

Adam....Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Wahai Adamku...Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi, tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu tatkala aku sentiasa mahu terpesong dari landasan... Kerana aku buruan syaitan. Adam... Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannnya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusan-Nya. Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau bilaulah suasana kerana Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa. Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil Dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu. Adam...Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tetapi... Aku risau, gundah gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun... Terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara. Adam...Aku tahu bahawa dalam Al-Quran Ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku. Kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati Dan mengawasi aku agar sentiasa di dalam redha Tuhanku Dan Tuhanmu. Tapi Adam, nyata Dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini. Kami dibiarkan terumbang-ambing tanpa haluan, malahan engkau juga mengambil kesempatan atas kelemahanku. Dimana perginya keadilanmu? Asalnya Allah menghendaki aku tinggal tetap di rumah. Aku akur asalkan aku keluar dari rumah, seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut... Tetapi realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya. Adam..Mengapa kau biarkan aku begini? Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?Adakah akhlak kaum Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa? Adam...Kau sebenarnya Imam Dan aku adalah makmummu. Aku adalah pengikutmu kerana kau adalah ketuaku. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku? Akalku satu, nafsuku sembilan. Oleh itu Adam...pimpinlah, bimbinglah aku kerana aku sering lupa, lalai Dan alpa sehingga aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu Dan kuncu-kuncunya. Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah. Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah. Adam...Andainya kau masih lalai Dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegar munkar, maka Kita tunggu Dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri Dan pada Tuhanmu yang Agung. Maafkan aku sekali lagi Adam... Andainya warkah yang Ku layangkan ini menimbulkan amarah di dadamu. Jauh sekali niatku untuk membuat kau keliru apatah lagi menjadi buntu. Waspadalah Adam...Andai auratku terdedah...andai suaraku mengatasimu... Andai langkah seiringmu... Andai maruahku dirobek maka engkaulah yang bakal membawaku kepada kebenaran. Usah dipersalahkan Hawa lantaran tewas mengemudi bahtera andai si Adam masih Lena diulit mimpi... Tetapi percayalah!!! Bukan emas yang kucari... Bukan berlian yang kupinta... Tetapi, hanyalah hati yang tulus ikhlas darimu... Adam...Dengarlah...keluhan hatiku buat dirimu... Ikhlas dari Hawa abad ini...

Friday, October 22, 2010

me.ONLY.no objection~!

~Nur Ayu Suzani Bt Md Zin ~Ayu @ are_you @ sue ~nurahtirahbintikhalid+syazwanashahirahbintiabdaziz+nurhidayahbintiaminuddin ~pink + itam + coco ~26th of July ~017-1234567(kring-kring) ~black_rose267(ym id)

Wednesday, September 29, 2010

SeHaRi bERsAmA

mase ni dalam kul 5 camtu.... b4 balek hostel, singgah pantai dulu... aku lupe lak name pantai tu ape...

COUPLE dalam ISLAM

Couple in Islam (buat renungan ) aku selalu selalu bertanya pada diri, couple tu blh ke tak dlm Islam?....blh ke tak ni?.... one day, one of my friend dpt article dari IKIM ttg couple dlm Islam....it answers my question clearly.... selalu bertanya pada diri, couple tu blh ke tak dlm Islam?....blh ke tak ni?.... one day, one of my friend dpt article dari IKIM ttg couple dlm Islam....it answers my question clearly.... apa kata Islam ttg couple?.... sebesar2 tajuk yg ditaip dlm article "percintaan : HARAM !!!!" dlm Islam tiada istilah bercouple....kalau benar seorang lelaki itu mencintai seseorg wanita seikhlas hatinya, tidak blh dia bercouple.... bercouple adlh dtg dari nafsu....buat apa menurutkan nafsu?.... dalam Islam yg ada hanyalah perkahwinan....cara2nya,....bi la seorg lelaki itu tersuka kat seorg wanita tak kira lah member ke, tak pernah kenal ke,....dia kena solat istikharah dahulu sblm memulakan langkah....minta petunjuk Allah benarkah si dia itu adlh jodoh yg telah Allah tetapkan.... kemudian, andai dah dpt petunjuk benar si dia jodoh yg Allah tetapkan, kena approach parents dia....bkn nyer approach dia....lelaki ni kenalah minta izin kat parents nak kawan ngan perempuan ni dan niat dia berkawan kenalah nak memperisterikan perempuan ni, bukan sekadar main2 ek.... pastu, kalau perempuan ni pula kena buat solat istikharah minta petunjuk dari Allah betul tak lelaki ni jodoh dia....kalau dah dpt petunjuk dari Allah dan parents kata ok,....tak ber makna blh dating, keluar bersama2 dan sbgnya.... step seterusnya kena cpat2 tetapkan tarikh kahwin....pastu kahwin la, and happy ever after....Insya Allah.... so,....sedar tak yg sebenarnya step2 di atas adlh step utk meminang ?.... kesimpulannya, dlm Islam tak der istilah couple.... kpd sahabat2 yang saya sayangi dan kasihi, marilah kita sama membanteras gejala2 bercouple ni sbb bermula dari couple, mcm2 blh terjadi, tak pyh la di sini saya sebutkan complication2 yg timbul slps bercouple....hehe, mcm hypertension lak ada complication2.... sanggupkah kita gadaikan agama hanya utk kepuasan diri?.... ingat, kita muslim diperhati oleh non-muslim, mcm mana nak berdakwah kalau diri songsang?.... ermm...pada sape yg terasa...maaf dipinta..sekadar renungan kita bersama... i do believe in this words, deep down if u guys ask urself, we already have the answer, ALLAH the almighty have always slipped in the answer in our heart, it's just that we rather listen to the 'other' voice than the one that's already there...

BISIKAN malam....... pssstt...

Bila ku didatangi malam, gelora perasaan mencengkam di jiwa, masihkah ada lagi dayaku menghindar dari kealpaan…. Diterjah berbagai persoalan, dihujani airmata penyesalan, bisakah terhapus semua segala dosa noda yang bertakhta sekian lamanya.. Terangi jalan hidupku, dengan cahaya kasihMu, pimpinlah daku dengan hidayahMu…. Tuhanku,, di malam syahdu ku merayu, ampunilah segala dosaku yang lalu, sujudkan mendambakan keredhaanMu, tempatkan daku di dalam rahmatMu.. Tuhanku,, usah Kau biarkan diriku hanyut terleka, di jiwa dunia membelenggu, dan aku sesungguhnya pasrah padaMu, hidup matiku hanyalah untukMu Ya Allah, tunjukkan jalan kebenaran, suburkan jiwaku dengan keimanan, hanya padaMu Oh TuhanKu sandarkan harapan..

PERmySUry HEARTYKU.......

Di antara kekasih pilihan di hati Punyai budi penghias diri Wajahnya lembut biasan pekerti yang tinggi Indahnya perhiasan duniawi Di antara diriku jua dirimu Hanya mengharap cinta yang satu Ku binakan mahligai impian mu Oh sayang ikhlaskanlah hati mu Malumu bernilai Katamu berhikmah Hatimu tulus suci dan murni Hanya diri yang halal Engkau serahkan segala Untuk mencari redha Ilahi Benarlah! cinta buta melalaikan Tanpa memikirkan batas syariatnya Semuanya itu hanya ujian di dunia Ia adalah mahar untuk kita ke syurga Kau permaisuri di hatiku Di dunia ini kau penghibur Menjunjung kasih amanah Ilahi Ku cuba akan terus menyayangi Terima kasih ucapan ku beri Kau hadiahkan ku cahaya hati Ku pimpin tanganmu oh kasih Meniti hari Semoga kita dapat bersama Sampai kepadanya Di syurga sana Tuhan kekalkanlah Permaisuri hatiku Untuk menemani Dalam menggapai cintamu