? ??????????????Punk Collage? ????? ?????? ???Rating: 4.7 (384 Ratings)??295 Grabs Today. 57930 Total Grab
s. ??????Get the Code?? ?? ????3?? ?????Queen of Hearts? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (7 Ratings)??178 Grabs Today. 9048 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Love Is Strange? ? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, January 23, 2009

ma fwen!!!!!!!!!!

trah - beshfwen 4eva... jie + pearl......= cun sangat wanieta 3 serangkai...cun gilo douh..... aziemah(bestfren kt bp) niqmah a.k.a eyma a.k.a boon_tall.... miezah nut n` iznie my!!!!! kiroro mirae...ahakx honeys and naa sue is ma fren...cun x??? wah rindoo korang arr!!! mase ni grading karate i guess!!!!!!!!!!

homeroom bp

luv tis pic lorh.... miz ma omrum!!!! kecik gilo...yang ujung skali... tudung puteh kowt(duduk) me yang baju hijau

ibu

Ibu, Disebalik gelaran itu, Tersimpan suatu rahsia Yang masih kurang dirungkai oleh anakmu Ibu, Izinkanlah aku bercerita tentang Suka duka bersamamu... Terlalu banyak kisah-kisah yang Telah kulalui bersamamu. Ibu, segala-galanya tidak akan luput dari Ingatanku sama sekali... Ibu, kau begitu istimewa Segala jasa dan pengorbananmu Akan kukenang Sepanjang hayatku... Ibu, Tidak ternilai kasih sayang mu mendidik dan menjagaku Agar aku menjadi insan yang bijak dan berguna... Ibu, Aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana aku telah dipertemukan dengan insan sepertimu... Kaulah insan yang bergelar ibu.. Kau juga yang ku anggap sebagai sumber inspirasiku Ibu, Aku berjanji pada diriku Untuk menunaikan tanggungjawabku Untuk membalas budi dan jasamu Agar kau senang dan gembira Ibu, Ampunkan segala dosaku Jika ada kesalahan Yang aku lakukan Sehingga akhir hayatku Ibu, Aku berdoa pada Ilahi Agar ibu diberkati selalu Supaya kau ditempatkan di syurga Kerana aku sangat-sangat menyayangimu

Friday, January 2, 2009

maluuu

Aduhai, setiap wanita dikurniakan oleh ALLAH swt sifat MALU Kerana MALU si wanita tahu menjaga kehormatannya Kerana MALU si wanita tahu menilai batas- batas sosialnya Kerana MALU juga si wanita gagal diperdaya pujukan nafsu Kini si wanita itu sudah hilang MALUnya Kerana hilang MALU itu terdedahlah auratnya lantas kehormatan diri tergadai Kerana hilangnya MALU itu si wanita gagal menilai apa itu HARAM apa itu HALAL Kerana kehilangan MALU itu si wanita lemas dan hanyut dengan tipu daya nafsu. Aduhai, setiap lelaki juga dikurnakan oleh ALLAH swt sifat MALU Kerana MALU, si lelaki nasihat diri dan si wanita agar bersama-sama jaga maruah diri dan MENJAGA AURAT Kerana MALU, si lelaki mengingatkan diri dan si wanita tentang batas-batas sosial pergaulan, HALAL dan HARAM tu kena INGAT! Kerana MALU itu, si lelaki menjaga dan mendidik nafsunya. JANGAN mengajak si wanita berbuat DOSA. Selalu mengingatkan dengan kata "TAKUTLAH AKAN ALLAH !" Kini, si lelaki itu sudah hilang MALUnya Kerana hilang MALU itu si lelaki MENGAJAK si wanita BERBUAT MUNGKAR Kerana hilangnya MALU itu si lelaki lupa tentang HUKUM ALLAH swt Kerana telah hilangnya MALU itu si lelaki mungkin hilang taraf KHALIFAH! Sabda Rasullullah saw, SESUNGGUHNYA MALU ITU ADALAH SEBAHAGIAN DARI IMAN. Wahai si wanita dan si lelaki janganlah menzalimi diri dengan meletakkan MALU itu bukan ditempatnya. MALUlah kamu dengan ALLAH swt kerana ingkar akan suruhannya MALUlah kamu dengan RASULLULLAH saw kerana meninggalkan sunahnya MALUlah kamu kerana lupa dan malas membaca AL-QURAN MALUlah kamu kerana tidak menghormati GURU MALUlah kamu kerana melawan kata IBUBAPA. MALUlah kamu atas DOSA -DOSA kamu Maka percayalah bahawa MALU itu akan menyelamatkan kita dari fahsyar walmungkar!!!

tanda2 kematian!!!

Tanda 100 hari sebelum hari mati : Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati. Tanda 40 hari sebelum hari mati : Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya. Tanda 7 hari : Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan. Tanda 3 hari : Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan. Tanda 1 hari : Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya. Tanda akhir : Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. PENUTUP Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri

siapa erk?????

Siapa orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil peduli tentang waktu solatnya seolah-olah dia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman as. Siapa orang yang manis senyumannya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata, Inna lillahi wainna illaihi rajiuun. Lalu berkata lagi, Ya Rabbi, Aku redha dengan ketentuanMU ini, sambil mengukir senyuman. Siapa orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini. Siapa orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada dan sentiasa menumpuk-numpukkan harta. Siapa orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan. Siapa orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik. Siapa orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan diperluaskan ke mana mata memandang. Siapa orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi menghimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya. Siapa orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

10 perkara yang mematikan hati

1.Kamu kenal Allah, tetapi kamu tidak nenunanaikan haknya. 2.Kamu membaca Al Quran tetapi kamu tidak laksanakan ajarannya dan perintahNya. 3.Kamu kata cinta kepada Rasululhah, tetapi kamu tidak mengikuti sunnahnya 4.Kamu tahu bahawa syaitan itu musuh kamu tetapi kamu bersekutu dengannya. 5.Kamu berkata kamu cintakan syurga, tetapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya 6.Kamu kata kamu takutkan neraka, tetapi kamu gadaikan diri kamu untuknya. 7.Kamu tahu bahawa mati itu benar dan pasti akan datang, tetapi kamu tidak membuat persediaan untuk selepas kamu mati. 8.Kamu selalu sibuk dengan keaibban saudara-saudara kamu, tetapi kamu lupakan diri kamu sendiri. 9.Kamu gunakan nikmat Allah, tetapi kamu tidak bersyukur kepadaNya 10.Kamu timbus mayat-mayat, tetapi kamu tidak mengambil pengajaran daripadanya. Sedutan nasihat oleh seorang wali Allah, Ibrahim Adham. Sabda Nabi s.a.w : " Dan janganlah dipilih hidup bagai nyanyian ombak, hanya berbunyi ketika terhempas di pantai. Tetapi jadilah kamu air bah, nengubah , dunia dengan amalmu ". Dari Auf bin Malik r.a. katanya : " RasullulLah s.a.w. menyembahyangkan mayat lalu saya hafal sebahagian dari - doa beliau, nengucapkan :" Ya Allah ! Ampunilah dosanya, berilah dia rahmat, sihatkanlah dia: maafkanlah dia, muliakanlah penyambutannya, lapangkanlah tempat masuknya; basuhlah dia dengan air salju , bersihkan dia dari kesalahan, sebagaimana Engkau bersihkan pakaian putih dari kekotoran, Gantikanlah rumahnya dengan rumah yang lebih baik dan keluarganya dengan keluarga yang lebih baik dari isteri (suami) dengan isteri (suami) yang lebih baik ! Masukkanlah dia kedalam syurga, dan jauhkanlah dia dari siksaan api neraka ! Kata ' Auf : " Sampai saya ingin, hendaknya mayat itu saya."