? ??????????????Punk Collage? ????? ?????? ???Rating: 4.7 (384 Ratings)??295 Grabs Today. 57930 Total Grab
s. ??????Get the Code?? ?? ????3?? ?????Queen of Hearts? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (7 Ratings)??178 Grabs Today. 9048 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Love Is Strange? ? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, October 23, 2010

Ibuku Seorang Pembohong~!

Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian. Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : ""Makanlah nak ibu tak lapar." – PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA. Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi.. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA. Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih denagn beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA. Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih saying ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" – PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT. Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta saya tidak perlukan lelaki." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA. Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM. Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH. Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap ajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menhadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN. Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali. Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebi dari segala-galanya, tapi tidak pernah sealipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu…

Secebis Ingatan Buat Adam~!

Adam....Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Wahai Adamku...Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi, tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu tatkala aku sentiasa mahu terpesong dari landasan... Kerana aku buruan syaitan. Adam... Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannnya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusan-Nya. Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau bilaulah suasana kerana Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa. Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil Dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu. Adam...Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tetapi... Aku risau, gundah gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun... Terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara. Adam...Aku tahu bahawa dalam Al-Quran Ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku. Kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati Dan mengawasi aku agar sentiasa di dalam redha Tuhanku Dan Tuhanmu. Tapi Adam, nyata Dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini. Kami dibiarkan terumbang-ambing tanpa haluan, malahan engkau juga mengambil kesempatan atas kelemahanku. Dimana perginya keadilanmu? Asalnya Allah menghendaki aku tinggal tetap di rumah. Aku akur asalkan aku keluar dari rumah, seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut... Tetapi realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya. Adam..Mengapa kau biarkan aku begini? Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?Adakah akhlak kaum Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa? Adam...Kau sebenarnya Imam Dan aku adalah makmummu. Aku adalah pengikutmu kerana kau adalah ketuaku. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku? Akalku satu, nafsuku sembilan. Oleh itu Adam...pimpinlah, bimbinglah aku kerana aku sering lupa, lalai Dan alpa sehingga aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu Dan kuncu-kuncunya. Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah. Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah. Adam...Andainya kau masih lalai Dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegar munkar, maka Kita tunggu Dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri Dan pada Tuhanmu yang Agung. Maafkan aku sekali lagi Adam... Andainya warkah yang Ku layangkan ini menimbulkan amarah di dadamu. Jauh sekali niatku untuk membuat kau keliru apatah lagi menjadi buntu. Waspadalah Adam...Andai auratku terdedah...andai suaraku mengatasimu... Andai langkah seiringmu... Andai maruahku dirobek maka engkaulah yang bakal membawaku kepada kebenaran. Usah dipersalahkan Hawa lantaran tewas mengemudi bahtera andai si Adam masih Lena diulit mimpi... Tetapi percayalah!!! Bukan emas yang kucari... Bukan berlian yang kupinta... Tetapi, hanyalah hati yang tulus ikhlas darimu... Adam...Dengarlah...keluhan hatiku buat dirimu... Ikhlas dari Hawa abad ini...

Friday, October 22, 2010

me.ONLY.no objection~!

~Nur Ayu Suzani Bt Md Zin ~Ayu @ are_you @ sue ~nurahtirahbintikhalid+syazwanashahirahbintiabdaziz+nurhidayahbintiaminuddin ~pink + itam + coco ~26th of July ~017-1234567(kring-kring) ~black_rose267(ym id)

Wednesday, September 29, 2010

SeHaRi bERsAmA

mase ni dalam kul 5 camtu.... b4 balek hostel, singgah pantai dulu... aku lupe lak name pantai tu ape...

COUPLE dalam ISLAM

Couple in Islam (buat renungan ) aku selalu selalu bertanya pada diri, couple tu blh ke tak dlm Islam?....blh ke tak ni?.... one day, one of my friend dpt article dari IKIM ttg couple dlm Islam....it answers my question clearly.... selalu bertanya pada diri, couple tu blh ke tak dlm Islam?....blh ke tak ni?.... one day, one of my friend dpt article dari IKIM ttg couple dlm Islam....it answers my question clearly.... apa kata Islam ttg couple?.... sebesar2 tajuk yg ditaip dlm article "percintaan : HARAM !!!!" dlm Islam tiada istilah bercouple....kalau benar seorang lelaki itu mencintai seseorg wanita seikhlas hatinya, tidak blh dia bercouple.... bercouple adlh dtg dari nafsu....buat apa menurutkan nafsu?.... dalam Islam yg ada hanyalah perkahwinan....cara2nya,....bi la seorg lelaki itu tersuka kat seorg wanita tak kira lah member ke, tak pernah kenal ke,....dia kena solat istikharah dahulu sblm memulakan langkah....minta petunjuk Allah benarkah si dia itu adlh jodoh yg telah Allah tetapkan.... kemudian, andai dah dpt petunjuk benar si dia jodoh yg Allah tetapkan, kena approach parents dia....bkn nyer approach dia....lelaki ni kenalah minta izin kat parents nak kawan ngan perempuan ni dan niat dia berkawan kenalah nak memperisterikan perempuan ni, bukan sekadar main2 ek.... pastu, kalau perempuan ni pula kena buat solat istikharah minta petunjuk dari Allah betul tak lelaki ni jodoh dia....kalau dah dpt petunjuk dari Allah dan parents kata ok,....tak ber makna blh dating, keluar bersama2 dan sbgnya.... step seterusnya kena cpat2 tetapkan tarikh kahwin....pastu kahwin la, and happy ever after....Insya Allah.... so,....sedar tak yg sebenarnya step2 di atas adlh step utk meminang ?.... kesimpulannya, dlm Islam tak der istilah couple.... kpd sahabat2 yang saya sayangi dan kasihi, marilah kita sama membanteras gejala2 bercouple ni sbb bermula dari couple, mcm2 blh terjadi, tak pyh la di sini saya sebutkan complication2 yg timbul slps bercouple....hehe, mcm hypertension lak ada complication2.... sanggupkah kita gadaikan agama hanya utk kepuasan diri?.... ingat, kita muslim diperhati oleh non-muslim, mcm mana nak berdakwah kalau diri songsang?.... ermm...pada sape yg terasa...maaf dipinta..sekadar renungan kita bersama... i do believe in this words, deep down if u guys ask urself, we already have the answer, ALLAH the almighty have always slipped in the answer in our heart, it's just that we rather listen to the 'other' voice than the one that's already there...

BISIKAN malam....... pssstt...

Bila ku didatangi malam, gelora perasaan mencengkam di jiwa, masihkah ada lagi dayaku menghindar dari kealpaan…. Diterjah berbagai persoalan, dihujani airmata penyesalan, bisakah terhapus semua segala dosa noda yang bertakhta sekian lamanya.. Terangi jalan hidupku, dengan cahaya kasihMu, pimpinlah daku dengan hidayahMu…. Tuhanku,, di malam syahdu ku merayu, ampunilah segala dosaku yang lalu, sujudkan mendambakan keredhaanMu, tempatkan daku di dalam rahmatMu.. Tuhanku,, usah Kau biarkan diriku hanyut terleka, di jiwa dunia membelenggu, dan aku sesungguhnya pasrah padaMu, hidup matiku hanyalah untukMu Ya Allah, tunjukkan jalan kebenaran, suburkan jiwaku dengan keimanan, hanya padaMu Oh TuhanKu sandarkan harapan..

PERmySUry HEARTYKU.......

Di antara kekasih pilihan di hati Punyai budi penghias diri Wajahnya lembut biasan pekerti yang tinggi Indahnya perhiasan duniawi Di antara diriku jua dirimu Hanya mengharap cinta yang satu Ku binakan mahligai impian mu Oh sayang ikhlaskanlah hati mu Malumu bernilai Katamu berhikmah Hatimu tulus suci dan murni Hanya diri yang halal Engkau serahkan segala Untuk mencari redha Ilahi Benarlah! cinta buta melalaikan Tanpa memikirkan batas syariatnya Semuanya itu hanya ujian di dunia Ia adalah mahar untuk kita ke syurga Kau permaisuri di hatiku Di dunia ini kau penghibur Menjunjung kasih amanah Ilahi Ku cuba akan terus menyayangi Terima kasih ucapan ku beri Kau hadiahkan ku cahaya hati Ku pimpin tanganmu oh kasih Meniti hari Semoga kita dapat bersama Sampai kepadanya Di syurga sana Tuhan kekalkanlah Permaisuri hatiku Untuk menemani Dalam menggapai cintamu

istimewa malam raya

even malam raya da lepas, aku nk post gak....... DOA MAKBUL Semasa b'sama Ramadhan kita ditawarkan dgn 1 malam yg amat hebat iaitu Lilatulqadar, namun selepas itu pd bulan Syawal kita ditawarkn lagi dgn 1 malam yang tidak kurang hebatnya, iaitu malam 1 Syawal. Syeikh Al-Hadis Al-Syeikh Muhammad Zakaria Al-Kandahlawi, pengarang kitab Aujaz Al-Masalik, menukilkan dalam kitabnya Fadhilat Ramadhan, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "sesiapa yang berjaga pada kedua-dua malam bulan Hari Raya (dengan sibuk dalam keadaan beribadah) dengan niat untuk mendapatkan ganjaran ALLAH, hatinya akan hidup pada hari dimana hati2 yang lain mati." Dalam kitab Kashf Al-Ummah, dengan rujukan kepada Imam As-Syafie, bahawa terdapat 5 malam dimana doa akan dimakbulkan padanya: malam jumaat, malam kedua hari Raya, malam permulaan Rejab, dan malam Nisfu Syaaban. LAILAH AL-JA'IZAH Oleh seban itu, malam Hari Raya ini harus diisi dengan doa dan zikir tertentu. sungguhpun begitu, kita jangan melupakan bahawa malam itu juga adalah malam terakhir Ramadhan. Abu Hurairah r.a. berkata, telah bersabda Rasulullah s.a.w., mafhumnya: "...dan diampunkan bagi mereka (umat Muhammad s.a.w.) pada malam terakhir Ramadhan." lalu seseorang bertanya: "wahai Rasulullah, adakah malam itu adalah Lailatulqadar?" jawab Rasulullah s.a.w. "tidak! tetapi seorang pekerja akn diberi upah setelah dia menyelesaikan kerjanya!" (riwayat Ahmad)

adap memberi nasihaaat.....

Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda: “Agama itu adalah nasihat.” Kami berkata: “Untuk siapa?” Baginda bersabda: “Untuk Allah, untuk kitabNya, untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan untuk umat lslam seluruhnya.” Hadis riwayat al-lmam Muslim. ................................................................................. Di dalam hadith ke-7 dalam Kitab Hadith 40 yang telah disusun oleh Imam Nawawi ini, jelas telah digambarkan oleh Rasulullah SAW tentang perihal pentingnya nasihat menasihati di dalam perkara kebaikan. Nasihat juga digambarkan besarnya seperti sebuah Agama Islam, menunjukkan bahawa Islam ini melingkari seluruh aspek kehidupan seharian kita. Pengertian nasihat Agama Islam adalah agama Allah, dan agama menurut Rasulullah SAW adalah nasihat yang terbaik untuk umatnya. Dalam Bahasa Arab, nasihat membawa maksud yang dinasihati akan mendapat faedah daripada nasihat yang telah diberi. Ia juga membawa erti bahawa yang menasihati hendaklah menggunakan perkataan yang terbaik dan ikhlas bersih dari maksud yang tidak baik. Adab-adab memberi nasihat 1. Meluruskan niat sebelum menasihati seseorang supaya tidak ada yang berasa disakiti. Ikhlas menasihati saudara semuslim semata-mata karena Allah. Seharusnya seorang yang ingin memberikan nasihat itu perlulah bersih dari segala bentuk niat yang terpesong kerana ia akan memberi kesan ke atas nasihat yang ingin diberikan. Janganlah menasihati seseorang itu kerana ingin menunjukkan kitalah orang yang benar, tetapi tegurlah kerana ingin mengajak sahabat ke jalan yang benar. 2. Menjaga ukhuwah semasa menasihati. Diusahakan supaya menasihati saudaranya dengan tidak diketahui orang lain. Sebahagian ulama berkata, “Barangsiapa yang menasihati seseorang dan hanya ada mereka berdua, maka itulah nasihat yang sebenarnya. Barangsiapa yang menasihati saudaranya di depan banyak orang, maka yang demikian itu mencela dan mencelakan orang yang dinasihati.” Islam mengajar umatnya supaya mempunyai akhlak yang tinggi. Dalam hal menasihati juga terdapat perkara ini. Ini menunjukkan bahawa Islam amat menjaga hati dan maruah orang yang dinasihati supaya tidak berlaku perpecahan kerana perkara nasihat. 3. Bersih hati semasa menasihati. Menggunakan bahasa yang halus dan menegur hanya untuk perkara-perkara yang salah. Kadang-kadang kita sering menggunakan perkataan yang sangat teruk untuk meluahkan nasihat kita. Dalam ceramah-ceramah dan kuliah-kuliah yang berbentuk menasihati, kita lebih gemar menyatakan salah orang lain seolah-olah mereka yang melakukan perkara tersebut sangat jahat dan sudah tiada ruang untuk bertaubat. Seharusnya selaku seorang pendakwah, nasihat adalah senjata utama yang perlu digunakan sebaiknya. 4. Memikirkan cara yang terbaik untuk menasihati saudara. Seboleh-bolehnya mengenali dulu saudara yang bakal kita nasihati itu. Nasihatilah mereka dengan kasih sayang dan jadilah sebahagian dari mereka, kerana dari situ kita akan tahu apa puncanya mereka begitu. 5. Memberi waktu dan kesempatan kepada saudara yang dinasihati untuk mengubah sifat buruk/ kesalahan yang dilakukannya. Manusia perlukan masa untuk berubah, jangan memaksa mereka untuk berubah mendadak, ia bukan dalam lingkungan tugas seorang pendakwah. Dalam berdakwah perlu akan sifat sabar dan berserah kepada Allah. Jadilah orang yang sentiasa mengharap pertolongan Allah dan jangan mudah putus asa di atas nasihat yang diberikan kerana itu mungkin ujian yang telah ditentukan oleh Allah untuk menguji kesabaran. Ayuh semua sahabatku, kita renungkan kembali perkara yang telah kita lakukan selama ini, nasihat yang telah kita berikan kepada orang lain atau nasihat yang diperolehi daripada orang lain, adakah kita sudah melaksanakan amanah ini? Jangan jadi golongan yang hanya tahu menasihati sedangkan mereka tidak sedia untuk dinasihati.

kala AKU tersenyum...^_^

Aku punya waktu Waktu untuk tersenyum Leretan itu menyerbu Dan bunga ceriaku menguntum Aku cinta bahagia Senyumku tanda diri ini mempunyainya Aku cinta pada yang memberi Dan aku mati-matian tak melepaskannya pergi Namun ada juga yang membenci Hasad dan penuh dengki Suka memadamkan senyumanku ini Biar air mata yang mengganti Biar durja mencuka yang menghadiri Kenapa? Aku tidak pernah mengerti Tetapi Allah menghadiahkanku senyuman Senyum baru selepas kesuraman Aku melupakan segala duka Aku memaafkan semua Kerana bagiku bahagia tidak beriringan dengan murka Dan jiwa yang senang mengatasi segala Aku ingin terus tersenyum Biar gundah itu tiada Biar lara itu hilang Yang ada hanya gembira Dan juga makhluk yang bernama bahagia

siapakah orang yang ALLAH cintai???

1. ORANG YANG BERTAQWA. Allah berfirman yang bermaksud: “sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertaqwa.” (Al-Taubah 9:4) 2. ORANG YANG CEPAT2 BERTAUBAT. Allah berfirman yang bermaksud: “sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertaubat dan menyukai orang yang menyucikan diri.” (Al-Baqarah 2:222) 3. ORANG YANG ADIL. Allah berfirman yang bermaksud: “sesunguhnya Allah menyukai orang beraku adil.” (A-Mumtahanah 60:8) 4. ORANG YANG BERTAWAKAL. Allah berfirman yang bermaksud: “kemudian apabila kamu telah membuat tekad , maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya, Allah menyukai orang yang bertawakal kepada-Nya.” (Ali ‘Imran 3:159) 5. ORANG BERBUAT KEBAIKAN. Allah berfirman yang bermaksud: “dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang yang berbuat baik.” (Al-Baqarah 2:195) 6. ORANG BERJUANG PADA JALAN ALLAH. Allah berfirman yang ermaksud: “sesungguhnya Allah menyukai kepada orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.” (Al-Saff 61:4)

puase 6 VS puase ganti

Persoalan puasa qada dan puasa enam di antara persoalan yang sering timbul sekitar puasa enam ialah adakah harus menggabungkan di antara dua puasa iaitu puasa qadha dan puasa enam hari di bulan Syawal. Adakah diganjari dengan kedua-dua pahala tersebut dengan puasa yang satu? Syeikh Atiyyah Saqr, mantan Ketua Lajnah Fatwa Al-Azhar ketika ditanya tentang persoalan ini menyatakan bahawa sudah cukup bagi seorang yang ingin melakukan puasa qada dan puasa enam dengan berniat puasa qada di bulan Syawal, dan ia akan diganjari dengan dua ganjaran sekali gus seandainya dia bertujuan demikian dengan syarat dia perlu mendahulukan niat puasa qada terlebih dahulu. Ini adalah kerana puasa qada adalah wajib dan puasa enam adalah sunat. Kebanyakan ulama Syafi'iyyah berpendapat bahawa ganjaran puasa enam tetap akan diperoleh apabila seseorang berpuasa qada sekalipun ia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya, namun pahala yang diperoleh kurang daripada seorang yang berniat kedua-duanya. Di dalam kitab As-Syarqawi 'Alat Tahrir yang dikarang oleh Syeikh Zakaria Al-Ansori dinyatakan bahawa jika seseorang berpuasa qada yang tertinggal di bulan Ramadhan atau bulan selainnya, atau puasa nazar atau puasa sunat yang lain di bulan Syawal, maka ia akan tetap diganjari dengan pahala puasa enam sekalipun ia tidak berniat bahkan jika ia tidak mengetahui sekalipun tentang puasa enam. Ini adalah kerana ia telah mencapai maksud hadis Rasulullah SAW agar berpuasa di bulan Syawal. Namun, pahala yang diperoleh tentulah kurang daripada orang yang berniat kedua-duanya sekali. Beliau mengambil contoh solat tahiyyatul masjid, jika seseorang memasuki masjid dan terus melakukan solat fardu bersama jemaah atau berseorangan, maka dia akan diganjari dengan dua pahala sekali gus iaitu bersama pahala solat tahiyyatul masjid. Ini adalah kerana maksud solat tahiyyatul masjid ialah seseorang bersolat selepas memasuki masjid sebelum ia duduk. Namun, kebanyakan ulama berpendapat bahawa sekalipun pahala puasa enam bersama puasa qada akan diganjari bersama-sama puasa yang satu, seseorang yang melakukan kedua-duanya secara berasingan tetap akan mendapat kelebihan yang banyak di sisi Allah SWT. Ini adalah kerana sebagai seorang hamba yang tunduk kepada Allah SWT, memperbanyakkan amalan taqarrub dengan memisahkan di antara yang menjadi kewajipan dengan yang menjadi galakan tentulah lebih menunjukkan kesungguhan diri sebagai seorang hamba mencari redha Tuhannya.

SeIndAh mAwAr BeRdUrI

Kaulah mawar idaman, Tumbuhmu di taman larangan, Mekarmu dipagari dan dibajai ketaqwaan, Sesucinya hatimu seindah akhlakmu, Diciptakan sebagai seorang wanita, Mewarisi kelembutan wanita solehah. Kembangmu tetap indah, Walau cuma di taman larangan, Menyinarkan nur keimanan, Nan mekar dihiasi mahmudah, Seindah Mawar Berduri..

Saturday, July 31, 2010

CaMpUs lIfE.... hAvE FuN...!~

hmm... sory r erk, lme ak xupdate blog ni... bukan pe, ak malas nk masuk sebenarnyer......ngee~ ari ni, ak nk story mory siket sal campus life ak.... berikut adalah butiran2 yang perlu anda taw(budusssnyew ayat!) no pelajar : - no kp : - nama : - program : diploma teknologi maklumat(multimedia) alamat : - no fon : - sesi kemasukan : sem 1 2010/2011 tarikh daftar : 24.7.2010 p/s : dapat gak cos yang ak harap2kan............ alhamdullillah syukur nikmat, kepada tuhan yang memberi rahmat............ korung yang bace ni, doa2kan la ak sucsess yerk....... thnx...~ wasalam~

Monday, April 5, 2010

nak pendapatan sampingan??? lumayan... senang jer...

kawan jom la kita join peluang ini yang tidak memerlukan modal. Atas usaha kita memanjangkan email ini kita akan mendapat pulangannya nanti. 1 sen pun nda payah keluar duit. daripada korang on9 je, hasil pun xda, mesti BOSAN kan??? haaaa, nie dia...sambil on9, sambil cari duit.. beri saya masa 5 minit je boleh? mari sertai saya di catcheyes jom.. jom la.... Catcheye adalah sebuah syarikat pengiklanan terbaru di Malaysia, apa yang menariknye anda dibayar untuk setiap iklan yang anda lihat disini, ya,mudah saja,klik2 iklan tak sampai seminit dah dapat duit, malah mereka membayar kita sehingga level 4 secara infiniti.. katakan anda menaja 10 orang di level 1, kemudian mereka menaja 10 orang lagi sehinggalah 4 level, tahu tak awak akan peroleh RM11 jika sehari mereka klik untuk 1 iklan, kalau sehari mereka klik 10x anda peroleh RM11x10=RM110 jika sebulan anda akan peroleh RM110x30=RM3300. . banyak tu .. korang xmau ka? jomlah join saya..benda ni 100% percuma..tak perlu modal cuma perkenalkan kepada 10 orang je..benda free xkan tak bole ajak.. untuk maklumat korang,keahlian catcheye hampir mencecah 30,000 orang sekarang.. jangan berlengah lagi..Ini bukan penipuan..! Cara maw register: 1.klik link yg kt bwh skali... 2.klik join catcheye now 3.isi maklumat diri,IC dan alamat (penting sebab cek dihantar berdasarkan ini selepas cukup RM50) (dun wory..tidak minta no akaun pun/pw akaun bank) 4.Isi jawapan: soalan 1 jawapan A (atas sekali), soalan 2 jawapan B (yang tengah), soalan 3 jawapan A (atas sekali). p/s (jika jawab salah pendaftaran tidak diterima) 5.klik agree and proceed..Ok siap kemudian apa perlu buat? 1.klik sign in 2.lepas sign in klik reward panel 3.Awak lihat akaun awak ade RM1 (bonus) dan link awak. 4.Copy link awak dan gantikan link saya ini dengan link awak. 5.postkan risalah saya ni di buletin facebook & emailkan kepada kawan2. 6.Lihatlah tak sampai sebulan awak dah ade 10 orang di level 1. percayalah!sebab benda ni 100% percuma REZEKI TUHAN YG BG..TP,KITA KNA USAHA JGAK KN?? TGGU APA LG?? J0MLA J0IN.. =) DAFTAR d LAMAN WEB BAWAH NI... jom la join http://www.catcheye.com.my/?r=63187 ps: kalo rajin, tolong sebarkan boleh x....? thnx!!!!!

Monday, February 8, 2010

tekA-TEki + cite lawak.... boahahaha....

1) Semua haiwan jadi monyet,monyet jadi apa? jwpn: Jadi banyak. 2) Antara ekor lembu dengan ekor tikus… ekor mana yg lebih pjg & kenapa? jwpn: ekor tikus lebih panjang sebab mencecah lantai 3) Dari banyak banyak burung, burung mana jaga atuknya sendiri? jwpn: Burung belatuk aaa 4) Kalau kereta berhenti apa yg turun dulu ….? jwpn: Speedometer turun dulu 5) kalu bas kemalangan n bas tu terjatuh ke dalam sungai, apa yang masih hidup lagi walaupun bas tu dalam air…? jwpn: road tax dia arrr…. 6) kete apa yang bolih jalan dari pokok ke pokok? jwpn: nissan 323 (tree to tree) 7) apa yang paling pandai dalam makmal? jwpn: termometer sebab byk degree :-p Kumpulan Orang Asli Paling Berjaya jwpn: O.A.G (Orang Asli Gombak) 9) Kumpulan Rock yang Paling wangi jwpn: MAY (Bau Sabun) 10) “Kenapa lelaki perlu beristeri tiga… .” Jawapannya kerana : kerana kalau kawin satu isONE kalau kawin dua isTWO kalau kawin tiga barulah isTERI… .. 11)“Cinta..ibarat kentut… ” makin dipendam makin gelisah… bila di lepaskan … … . ahhhhhhh lega rasanya… … . 12)Aku terpaku dek renungan matamu, hatiku tertanya-tanya, BENARKAH ini? nafas ku tertahan, kau tunduk SEGAN.. lalu ku bertanya, “kau..kentutkan?” 13)“… bila hidupmu dlm kegelapan, ” maka berdoalah; dan apabila selesai berdoa, jika kegelapan masih mengelilingimu maka bayarlah bil letrik yang tertunggak tu!! 14)Doctor Kubur Pada suatu hari, seorang doktor pakar jantung meninggal dunia. Untuk mengenang jasanya, keluarganya sepakat untuk membuatkan sebuah tugu peringatan dikuburnya berbentuk jantung. Upacara pengkebumian pun berjalan dengan lancar. Satu bulan kemudian, seorang doktor pakar mata pula meninggal dunia. Seperti yang sudah?, ahli keluarganya sepakat untuk membina sebuah tugu berbentuk mata dikuburnya bagi mengenang jasa beliau. Upacara pengkebumiaan beliau juga berjalan dengan lancar. Setelah selesai, para hadirin berangkat pulang, hanya tinggal seorang saja yang masih merenung sendirian di pinggir makam si doktor itu. Salah seorang doktor yang lain melihatnya dan segera menghampirinya. "Sudahlah, yang berlalu biarlah berlalu. Tak usah engkau fikirkan lagi " kata si doktor. "Saya tidak tahu apa yang harus saya katakan kepadamu," kata lelaki itu. "Mengapa pula, mana tahu mungkin saya dapat membantu" jawab si doktor itu. "Saya sedang memikirkan bagaimana pula upacara pengkebumian saya nanti" kata lelaki itu. "Mengapa pula ?" tanya doktor tersebut. "Saya seorang doktor pakar penyakit kelamin" jawap lelaki itu sugul… 15)Cium Isteri Pada suatu pagi, bertanya si isteri pada si suami: Isteri :Abang tengok jiran kita yg baru pindah tu? Suami :Kenapa? Isteri :Tiap pagi sebelum pergi kerja, suami dia akan cium isterinya. Bila pulang kerja, dia akan berikan isterinya sekuntum bunga mawar. Loving betullah mereka. Kenapa abang tak buat macam tu? Suami :Nak mampus... Mana abang kenal isteri dia?' 16)Bunuh Setan Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau si isteri menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut kepada suaminya.'Abang, abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu/bersetubuh kan bang, dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan'. Kata si suami 'yerr kerr?' Tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai untuk bunuh syaitan kan , betul tak sayanggg? sambil ketawa.. Isteri hanya tersenyum panjang. Selang dua hari kemudian, si isteri berkata: 'banggg, jom kita bunuh syaitan... bang'. Si suami tersenyum panjang. Selang dua hari kemudian, si isteri berkata: 'banggg, jom kita bunuh syaitan... bang'. 'takpe...tunggulah malam'. Esoknya si isteri berkata: 'banggg, jom kita bunuh syaitan...bang' . Si suami diam sambil mengangguk lemah. Esoknya si isteri berkata 'banggg, jom kita bunuh syaitan... '. Si suami tiba - tiba marah dan berkata ........... 'Ayang nie nak bunuh syaitan ke atau nak bunuh abang'

Wednesday, January 27, 2010

bunkface - through my window

kepada sesape yg minx ritu, ak xingt, hampa copy r sini, tp aku xtaw r btoi ke x.. ak malas cari kt tenet so salin sendiri r ni, sory r kalo salah, jangan segan2 nak betolkan erk.... ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Don't want much, I just want everything Thought that I could, do almost anything One step in front of the other Thought that I could do it alone In the blink of an eye, it's just another day Telling me why, I'll find another way Got this feeling, got me reeling I can almost start believing Now there's me and you And we are not alone You and me, we are together now Through my window, I can see there's More than you and more than me Me and you, And we are not alone Different view, We are together now Through my window, I can see Our wildest dreams could be so real I see a spark, it starts a fire Is this the one worth waiting for Thought that I could do it without you Can't exist like this anymore Now there's me and you And we are not alone You and me We are together now Through my window, I can see there's More than you and more than me Now there's me and you, you and me We are not alone and we are together Through my window I can see Our wildest dreams could be so real

Sunday, January 24, 2010

pengalaman belajaq nek kreta....

hurm, kursus 6 jam lepas... exam lulus sudah... ngam2 ho je lulus... haha.... mase first pegang stereng kete tuh, kalut gakz r.... paih tu, cikgu aku ajaq aku nek kete kancil, tgh hari, air_con xde, panas gilew... dah r stereng tu keras... xde power stereng... bengkak sebelah tangan aku.. amek ko!! la ni, aku da reti la sket2, nek turun bukit, corner, side parking... hahah sngt bez... esok blajaq lagi, t aku balik aku update agy erk.... 25/1/2010 ari ni cikgu aku p ajaq nek keta ataih jalan raya..... mule tuh, tataw nak cakap, kalut nak mati, pedal clash, brek, minyak pown aku lupe... lame sket, ok sudaa.... "da maju", kata cikgu........ ~~haha... agak lawak tapi agak best.... bile lgi latihan aku tataw, t aku update lagi.... c u tata bye bye....

Saturday, January 16, 2010

buat duit online

xoxo~~ leh caye ke erk seme ni?? aku nak gak try, tp takut kene tipu lak~~ bukan pe, zaman skrg ni, mcm ley jadi.... ye x??~~ de pape link yang boleh dipercayai??